BANGKOK - Thailand berjaya menjuarai Piala AFF 2016 setelah menundukkan Indonesia pada perlawanan timbal balik kedua semalam dengan keputusan 2-0 (Agregat 3-2). Gol-gol Thailand di jaringkan oleh Siroch Chatthong pada minit ke 37 dan dua minit selepas separuh masa kedua bersambung,(47').
Pada perlawanan akhir yang pertama, Indonesia berjaya menewaskan Thailand 2-1. Gol Thailand di jaringkan oleh penjaring sensasi mereka, Teerasil Dangda pada minit ke 33. Bersambung babak kedua, Indonesia mengggandakan asakan dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 65 dan Indonesia berjaya mendahului Thailand lima minit selepas itu setelah bola terbias menyebabkan penjaga gol Thailand tewas buat kali kedua.
Dengan membawa bekalan 2-1, Indonesia berkunjung ke Bangkok. Jurulatih Indonesia, Alfred Riedl tidak melakukan perubahan yang besar, hanya menggantikan Andik Vermansah yang mengalami kecederaan hamstring dengan menurunkan Zulham Zamrun.
Thailand melakukan 3 pertukaran termasuklah menurunkan semula Charyl Chappius yang tidak di turunkan pada aksi akhir pertama di Stadium Pakansari. Siroch Chattong dan ketua pasukan Teerasil Dangda bertindak menjadi penyerang bersama.
Sejak awal permainan lagi Thailand di lihat cuba untuk menguasai perlawanan dan Indonesia pula di lihat hanya berkumpul di kubu sendiri. Hasil beberapa serangan, Thailanad hampir berjaya mendahului pada minit ke 8 menerusi Teerasil Dangda namun sedikit tersasar dari gawang gol Indonesia yang di kawal Kurnia Mega.
Untuk 20 mint terawal, Thailand berjaya menguasai bola sebanyak 4% berbanding Indonesia hanya 26% tapi Thailand hanya mampu melakukan 1 percubaan ke gawang pintu gol Indonesia.
Selepas 20 minit berkampung di kawasan sendiri, Indonesia memulakan asakkan, pada mint ke 25, Zulham menerima umpanan menarik dari Boaz Solossa dan merembat kencang namun gagal menuju tepat ke gawang gol Thailand.
Dalam tempoh 10 minit, Indonesia berjaya mengimbangi perlawanan.
Thailand kembali melancarkan serangan dan usaha mereka berjaya setelah Sorch Chattong menjaringkan gol pertama pada minit ke 37. Hasil dari kesilapan pemain Indonesia, Fachruddin Aryanto yang ingin mengeluarkan bola namun bola itu di terkena pemain Thailand dan bola terus menuju ke gawang gol.
Gol pertama Thailand menerusi Siroch Chattong pada minit ke 37.
Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan Thailand selesa mendahului 1-0(Agregat 2-2).
Bermula separuh masa kedua, Thailand menampakkan dominasi mereka di rantau Asia Tenggara apabila dengan mudah menjaringkan gol kedua juga menerusi Siroch Chattong pada minit ke 7. Chanatip dengan bersahaja melorongkan bola ke kaki Siroch, beliau kemudiannya mengawal bola dan terus melepaskan sepakkan kencang ke arah pintu gol Indonesia sehingga tak tercapai Kurnia Meiga.
Ketinggalan 2-0, Riedl memasukkan pemain baru pada minit ke 63, Lerby Eliandry untuk menguatkan bahagian serangan namun masih gagal mencari gol. Indonesia hampir menerima padah pada minit ke 70 setelah Teerasil Dangda merembat kencang namun kecekapan Kurnia Meiga menidakkan percubaan itu.
3 minit kemudian, Riedl memasukkan Ferdinand Sinaga menggantikan Rizky Pora namun masih buntu memecah kubu kuat Thailand. Malah Indonesia hampir di bolosi lagi hasil percubaan Theeraton.
Pada minit ke 80, Kurnia Meiga menjatuhkan Siroch di dalam kotak penalti, pengadil memberikan sepakkan penalti untuk Thailand namun Kurnia Meiga memastikan bola tendangan Teerasil Dangda tidak masuk dengan menepis bola tersebut.
Abduh Lestaluhu mendapat kad merah pada lewat perlawanan setelah dengan sengaja menedang bola ke arah tempat duduk pemain simpanan.
Tamat perlawanan, Thailand menjadi juara buat kali kelima Piala AFF Suzuki Cup. Thailand semakin berpesta apabila Chanatip Songkrasin di nobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan dan Teerasil Dangda pula di nobatkan sebagai pemenang kasut emas, penjaring terbanyak untuk kali ke tiga setelah 2008 dan 2012.
Thailand 2-0 Indonesia, Siroch Chattong (37', 47')Thailand : 1-Kawin Thamsatchanan, 3-Theerathon Bunmathan, 5-Adison Promrak, 19-Tristan Do, 4-Kroekrit Thaweekarn, 6-Sarach Yooyen, 18-Chanathip Songkrasin, 14-Sarawut Masuk, 10-Teerasil Dangda, 7-Charyl Chappuis, 9-Siroch Chatthong (Sarawat 89')
Simpanan : 20-Sinthaweechai Hathairattanakool, 23-Chanin Sae-ear, 2-Peerapat Notchaiya, 11-Mongkol Tossakrai, 12-Adul Lahsoh, 15-Koravit Namwiset, 16-Pratum Chuthong, 17-Tanaboon Kesarat, 21-Pokklaw Anan, 29-Rungrath Poomchantuek, 35-Prakit Deeprom, 36-Pravinwat Boonyong
Indonesia : 1-Kurnia Meiga, 2-Beny Wahyudi (Dedi Kusnandar 46'), 3-Abduh Lestaluhu, 16-Fachruddin, 23-Hansamu Yama, 25-Manahati Lestusen, 19-Bayu Pradana, 14-Rizky Pora (Ferdinand Sinaga 73'), 8-Stefano Lilipaly, 21-Zulham Zamrun (Lerby 63), 7-Boaz Solossa
Simpanan : 22-Teja Paku Alam, 26-Andritany, 4-Abdul Rachman, 6-Evan Dimas, 9-Ferdinan Sinaga, 11-Dedi Kusnandar, 12-Lerby Eliandy, 13-Yanto Basna, 17-Muchlis Hadi, 18-Bayu Gatra, 27-Gunawan Dwi Cahyo
Pengadil : Abdulla Hasan (UAE)