1) Filem arahan pengarah yang tidak asing lagi iaitu Helmi Yusof dan diterbitkan oleh Dato' Normashayu Puteh ini berunsurkan KOMEDI SUSPEN yang memaparkan 2 sahabat baik "BO" (Nabil Ahmad) dan "PENG" (Johan As'ari) secara tidak sengaja terlibat dengan satu kes penculikan MIRA EDORA SENROSE.
2) Antara pelakon lain yang turut membintangi filem ini iala Zulin Aziz,Soffi Jikan, Fauzi Nawawi, Along Ezandy, Wanna Ali, Kila Fairy, Juzzthin dan ramai lagi. Penampilan istimewa Ellie Suriaty dan Radhi Khalid menambahkan lagi elemen komedi di dalam filem BO-PENG ini.
3) Watak "BO" yang di lakonkan oleh Nabil Ahmad terkenal dengan kepantasan dan kecekapannya menghantar pesanan pizza kepada pelanggan dan watak "PENG" yang di lakonkan oleh Johan As'ari pulang lebih kepada sikap peramah dan mesra tetapi minat mendalamnya terhadap buku-buku penyiasatan membuatkan sahabatnya sendiri kadang-kadang rimas. Kedua-dua watak ini pasti membuatkan korang gelak sampai tak kering gusi.
4) Banyak idea-idea yang menarik dicetuskan oleh "PENG" untuk membantu "MIRA EDORA SENROSE" melepaskan diri dari "BASED" watak yang dilakonkan oleh Soffi Jikan. Ini akan membuka minda korang yang menonton dengan melihat idea-idea yang "PENG" cetuskan sepanjang penceritaan filem ini.
5) Filem ini bukan sekadar membuatkan anda gelak guling-guling sampai tak kering gusi dan juga tak senang duduk apabila menonton babak-babak suspen tetapi sebenarnya filem ini membawa mesej yang berguna yang mana dapat di ambil sebagai pengajaran. Filem ini juga telah di garap secara ringan dan sesuai untuk tontonan semua peringkat umur.
Apa sebenarnya yang terjadi kepada MIRA EDORA SENROSE? Bagaimanakah BO dan PENG selesaikan kes penculikan ini?
Jangan lupa bawak satu family menonton filem BO-PENG yang akan di tayangkan di seluruh pawagam di Malaysia bermula 22 Disember 2016 nanti. Jangan lupa ye!
Filem : BO-PENG
Terbitan : Pencil Pictures And Records
Terbitan : Pencil Pictures And Records