Apa Sudah Jadi KAFA? Dilema Penyokong TRW




Baru-baru ini kita di kejutkan dengan berkemungkinan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) aka menarik diri dari Liga Malaysia 2017 kerana kekurangan sokongan dari segi kewangan dan tiada penajaan rasmi.


Namun, hasrat Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA), menarik diri daripada menyertai Liga M musim depan menimbulkan reaksi berbeza peminat dan pemain Kelantan. Presiden Kelab Penyokong Siber Bolasepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Mahizi Mahmood, berkata beliau amat terkejut dengan keputusan mesyuarat khas eksekutif KAFA tempoh hari.

 "Saya cukup kecewa dengan keputusan berkenaan yang memberi kesan buruk terutama menghilangkan kemeriahan sukan bola sepak di Kelantan. 

"Tindakan menarik diri dalam saingan liga adalah satu malapetaka dalam sejarah bola sepak Kelantan jika tiada usaha pihak berkenaan membantu persatuan ini. "Saya harap masih ada ruang KAFA menyelesaikan isu ini dengan segera demi menyelamatkan sukan nombor satu di Kelantan. 

"Jutawan dan tokoh korporat juga diminta tampil segera membantu KAFA yang menghadapi kemelut kewangan dalam menguruskan pasukan musim depan ", katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi, 34, berkata beliau tidak terkejut dengan pengumuman penarikan diri dalam saingan Liga M malah tidak mahu masuk campur mengenai kemelut yang melanda pasukan itu, walaupun menyedari majikannya mempunyai masalah kewangan yang kritikal. 

"Buat masa sekarang saya ingin menumpukan latihan bersama rakan sepasukan dan menganggap keputusan ini tidak pernah mengganggu fokus saya yang kini sedang menjalani latihan di bawah kendalian ketua jurulatih, Zahasmi Ismail. 

"Saya tidak mahu komen mengenai keputusan KAFA menarik diri, biarlah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyelesaikan...saya hanya mengikut arahan dan peraturan ditetapkan majikan selagi keputusan menarik diri belum dimuktamadkan sehingga kongres KAFA diadakan nanti.

"Walau bagaimanapun, saya masih berkeyakinan tinggi barisan kepimpinan KAFA mampu mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin untuk melayakkan pasukan ke Liga M tahun hadapan," katanya.


Image may contain: 1 person, sitting, shoes and text
(Sathit Bensoh)

Secara mengejut, heboh berita bahawa KAFA telah melantik pembantu jurulatih yang berasal dari Thailand iaitu Sathit Bensoh.

Maka timbul keraguan, jika benar mahu menarik diri, kenapa masih melantik penolong jurulatih yang berprofail agak baik.

Namun, ada juga berita menyatakan keputusan melantik Shahit sudah dilakukan beberapa minggu yang lepas. Persoalan seterusnya, kenapa mereka tidak berbincang untuk menamatkan sahaja perjanjian awal.

Ini kerana, Shahit berisiko untuk tidak menerima bayaran berdasarkan terma yang dipersetujui di dalam kontrak beliau. Lantas, ada yang mengandaikan KAFA mungkin sedang main wayang seperti mana sebelum ini.

Teori mereka adalah, akan muncul satu nama yang menjadi adiwira sekali lagi dan melonjakkan populariti di mata penyokong Kelantan.

Apa sudah jadi?

Sejak isu penarikan diri dari musim 2017, skuad Kijang meneruskan latihan mereka seperti biasa seperti tidak mengendahkan masalah di pihak pengurusan KAFA.

Jika ini semua drama, tak perlulah sampai begini, berterus terang jika mahukan sesuatu dari penyokong. Tak perlu berdrama.

Dilema Penyokong

Sekejap TARIK DIRI. Sekejap tak pasti lagi untuk menarik diri. Skuad masih turun berlatih seperti biasa dan yang terbaru, KAFA telah melantik pembantu jurulatih yang berasal dari Thailand iaitu Sathit Bensoh.

Penyokong TRW dalam dilema samada betul-betul Kelantan FA akan menarik diri ataupun tidak.

#SelamatkanBolaSepakKelantan
SHARE

Unknown

  • Image
  • Image
  • Image
  • Image
  • Image