Mayat remaja lemas ditemui selepas 48 jam
BALING: Remaja berusia 16 tahun, Muhamad Saiful Aiman Kilinam, yang dilapor hilang sejak petang Rabu lalu selepas dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Kuala Merah, dekat Kuala Ketil, di sini, disahkan maut selepas mayatnya ditemui petang tadi.
Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 4.40 petang oleh penduduk di sungai itu, selepas menerima petunjuk daripada anjing pengesan yang membantu dalam pencarian mangsa. Berdasarkan maklumat, mayat mangsa ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi dia dilapor hilang, sebelum dibawa ke tebing.
Sumber : Berita Harian
